Wednesday, February 25, 2009
Monday, February 23, 2009
Sejarah Sekolah Kebangsaan Batang Merbau
Batang Merbau ialah sebuah kampung yang terletak kira-kira lapan batu dari Tanah Merah. Keadaan kampung ini dalam tahun empat puluhan begitu terbiar sekali, tidak ada kemudahan pelajaran di ini. Oleh yang demikian seluruh penduduk di kampung ini yang seramai seratus lima puluh tinggal dalam keadaan buta huruf, kerana tidak ada sekolah untuk anak-anak mereka menerima pelajaran.
Dalam tahun 1946 kira-kira lapan orang kanak-kanak dari kampung ini yang mana ibu bapa mereka mempunyai kesedaran terhadap pelajaran telah menghantar anak- anak mereka belajar di sekolah Melayu Ipoh, Tanah Merah, Kelantan, yang jauhnya kira-kira lima batu. Mereka ini dengan belas kasihan Allahyarham Hj. Zakaria bin Haji Ab. Rahman yang pada masa itu menjadi Penggawa (Penghulu) bagi daerah Ulu Kuial telah bermurah hati membenarkan kanak- kanak yang eramai lapan orang itu tinggal di rumahnya di Kampung Ipoh.
Bangunan kantin sekolah
Hasil ketekunan dan kesabaran murid-murid ini membolehkan mereka pandai membaca dan menulis. Ada dikalangan murid ini yang dilantik membantu penghulu kampung untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan urusan dengan pejabat Daerah.
Hasil kejayaan kanak- kanak tersebut telah membuka mata masyarakat Kampung batang Merbau tentang kepentingan pendidikan kepada anak- anak mereka. Lantaran itu penduduk kampung telah bermuafakat untuk mendirikan sebauh sekolah rakyat di Kampung Batang Merbau ini.
Pada penghujung 1946 sebuah sekolah telah mula didirikan dengan diberi nama Sekolah Rakyat Batang Merbau. Sekolah ini dibina dengan pimpinan Tok Penggawa Hj. Zakaria bin Hj. Ab. Rahman, Tok Imam Hj. Ismail bin Hj. Abd. Rahman dan Penghulu Che Yusoff bin Kecik. Seramai 25 orang murid telah memulakan pendidikan mereka di sekolah ini. Gaji guru- guru pula dibayar oleh murid- murid sebanyak seringgit setiap orang. Guru yang terlibat ialah Wan Ramli bin Wan kadir dan Ustaz Che Othaman. Ustaz ini dikatakan berasal dari negeri Perak.
Perkembangan persekolahan daripada tahun 1946 hingga 1949 adalah begitu pesat sekali sehingga bangunan asalnya tidak mencukupi. Murid - muridnya telah meningkat sehingga 150 orang. Pihak Jawatankuasa Sekolah telah berusaha untuk menambah satu bangunan lagi. pada awal tahun 1950 penduduk kampung sekali lagi telah bergotong royong mendirikan sebuah sekolah baru yang diperbuat daripada kayu- kayu bulat dan beratap rumbia.
Bagi menjamin keberkesanan pembelajaran, pihak jawatan kuasa sekolah telah mula berunding dengan Jabatan Pelajaran supaya mengambil alih sekolah rakyat untuk dijadikan Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.
Pihak jabatan pelajaran Negeri Kelantan kemudiannya telah melakukan kajian dan didapati sekolah rakyat ini sesuai untuk dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan. Pada tanggal 1 Ogos 1950 sekolah ini telah diisytiharkan sebagai sebuah sekolah kerajaan. Majlis perasmian sekolah ini telah dilngsungkan dengan kehadiran Encik Ab. Kadir bin Abdullah mewakili Pegawai Pelajaran Kelantan. Hadir sama ialah Pegawai Jajahan pasir Mas (pada masa ini Jajahan Tanah Merah terletak dibawah pentadbiran Jajahan Pasir Mas). Majlis ini juga ditepong tawar oleh seorang bomoh terkenal dari Kampung Air Machang iaitu Encik Senik bin Belok. Dengan perasmian ini bermulalah perkembangan pendidikan di Batang Merbau. Serentak dengan ini juga nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Batang Merbau. Pejabat Pelajaran Kelantan telah menghantar tiga orang guru iaitu Encik Abdul Rahman bin Mahmood sebagai Guru Besar dan Encik Abdullah Bin Muhammad serta Encik Ibrahim bin Isa sebagai guru penolong.
Bangunan yang didirikan oleh penduduk kampung tidak dapat bertahan lama kira- kira selama lima tahun sahaja. Pada 21 Ogas 1955, kira - kira jam 3.30 petang ribut yang kuat telah melanda kampung ini. Berlaku banyak kemusnahan pada bangunan sekolah sehingga murid - murid terpaksa belajar di bawah pokok. Memandangkan masalah ini, pihak jawatankuasa sekolah sekali lagi memohon dari pihak Jabatan Pelajaran untuk mendirikan bangunan baru.
Pada bulan Febuari 1956 sebuah sekolah baru telah mula dibina. pembinaan sekolah ini tidak lagi dilakukan secara gotong royong sebaliknya pihak kerajaan telah melantik kontraktor. Pada 24 Jun 1956 bangunan sekolah ini telah siap dan dapat digunakan sepenuhnya. Sekali lagi istiadat pembukaan sekolah baru diadakan.
Monday, February 16, 2009
Teknik Mengesan Fail
Dalam keseronokan menyimpan pelbagai maklumat di dalam komputer anda, kadang-kadang pasti anda terlupa di mana anda telah letakkan maklumat berikut.
Fail yang terlalu banyak di dalam komputer mungkin menyukarkan anda mencari fail yang diingini.
Walaubagaimanapun, cara ini dapat diatasi menggunakan fungsi Search.
Ikuti langkah berikut:
1.Buka My Computer
2. Pilih menu Search
TeknikPC
3. Pada paparan seperti berikut, pilih pilihan All files and folders
TeknikPC
4. Masukkan nama fail yang ingin dijejaki pada ruangan All or part of the file name
TeknikPC
5. Seterusnya tekan pilihan Search. Fail anda akan mula dikesan.
TeknikPC
6. Fail anda akan disenaraikan sekiranya dapat dikesan.
TeknikPC
Teknik ini amat membantu sekiranya anda mempunyai kandungan fail yang agak banyak.
Menggunakan teknik ini, anda dapat menjejaki fail anda dengan mudah.
Labels: cari, find, kesan, mudah, search
Older Post Home
Dalam keseronokan menyimpan pelbagai maklumat di dalam komputer anda, kadang-kadang pasti anda terlupa di mana anda telah letakkan maklumat berikut.
Fail yang terlalu banyak di dalam komputer mungkin menyukarkan anda mencari fail yang diingini.
Walaubagaimanapun, cara ini dapat diatasi menggunakan fungsi Search.
Ikuti langkah berikut:
1.Buka My Computer
2. Pilih menu Search
TeknikPC
3. Pada paparan seperti berikut, pilih pilihan All files and folders
TeknikPC
4. Masukkan nama fail yang ingin dijejaki pada ruangan All or part of the file name
TeknikPC
5. Seterusnya tekan pilihan Search. Fail anda akan mula dikesan.
TeknikPC
6. Fail anda akan disenaraikan sekiranya dapat dikesan.
TeknikPC
Teknik ini amat membantu sekiranya anda mempunyai kandungan fail yang agak banyak.
Menggunakan teknik ini, anda dapat menjejaki fail anda dengan mudah.
Labels: cari, find, kesan, mudah, search
Older Post Home
Subscribe to:
Posts (Atom)